YAACOB HARUN

Just another WordPress.com weblog

PEMBANGUNAN MASYARAKAT MELAYU May 24, 2009

Filed under: Uncategorized — yaacob @ 4:23 pm

PEMBANGUNAN SOSIAL MASYARAKAT MELAYU

Yaacob Harun

_________________________________________________________

PENDAHULUAN

Dasar dan juga program pembangunan masyarakat yang ideal adalah sesuatu yang bersifat holistic, memperlihatkan keseimbangan tumpuan kepada aspek material/fizikal dan aspek non-material/sosial. Kedua-dua aspek yang saling bantu membantu (complementary) ini diibaratkan sebagai dua kaki pada satu badan, jika satu bergerak, yang satu lagi pun akan turut bergerak. Jika tumpuan pembangunan lebih diberikan kepada satu aspek sahaja (dalam banyak keadaan lebih diberikan kepada aspek material/fizikal), maka akan wujud satu kesenjangan (gap), yang membawa beberapa implikasi negatif. Keadaan ketidakseimbangan pembangunan antara aspek fizikal dan aspek sosial yang dimaksudkan ini dapat dihubungan dengan gagasan ‘cultural lag’ sepertimana dikemukakan oleh seorang tokoh sosiologi terkenal, iaitu William Ogburn. Mengikut Ogburn (1957), “A cultural lag occurs when one of two parts of culture which are correlated changes before or in greater degree than the other part does, thereby causing less adjustment between the two parts that existed previously”  

Pembangunan di Malaysia berlaku dengan pesat selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Kini Malaysia boleh berbangga dengan pencapaian tahap pembangunan yang tinggi dalam bidang ekonomi, teknologi, prasarana, pendidikan, kesihatan, dll. Dalam aspek-aspek tertentu, Malaysia telah memperlihatkan tahap pembangunan yang sama, malah ada melebihi tahap pembangunan yang dicapai oleh negara maju di Barat. Langkah serta strategi praktikal yang diambil dan dilaksanakan dalam bidang-bidang yang disebutkan di atas adalah bertujuan untuk mengejar pembangunan seperti mana dicapai oleh negara maju tersebut. Jika tidak Malaysia akan kian jauh tertinggal di belakang. Lantaran itu, banyak program pembangunan dikompreskan dalam jangka masa yang singkat.

Samaada disedari atau tidak disedari ‘compression effect’ ini membawa beberapa implikasi negatif kerana wujudnya ‘cultural lag’ seperti yang disebut di atas. Dalam aspek tertentu, masyarakat Malaysia (khususnya orang Melayu) belum lagi bersedia dari segi sosial, mental, dan psikologi untuk menerima segala bentuk pembangunan fizikal pesat yang diberikan kepada mereka. Ada yang tidak tahu untuk menikmati faedah pembangunan tersebut, lantaran itu, pembangunan itu tidak betul-betul bermakna kepada mereka. Di samping itu, oleh kerana tidak ada atau kurangnya berlaku penyesuaian atau ‘adjustment” antara aspek fizikal dan sosial, maka akan timbul beberapa akibat buruk dalam kehidupan masyarakat. Gejala sosial, jenayah, salahlaku seksual, penderaan anak dan wanita, penyalagunaan dadah, dll. yang berlaku secara berleluasa di Malaysia pada zaman perubahan pesat ini adalah sebahagian daripada implikasi negatif kurangnya penyesuaian kedua aspek yang disebutkan, ekoran daripada wujudnya kesenjangan pembangunan (development gap) yang disebut di atas.

WAWASAN 2020 (Ke Arah Pencapaian Status Negara Maju)

Malaysia bergerak cergas untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. Perancangan pembangunan dalam pelbagai bidang (dengan 9 cabaran Wawasan 2020 yang disenaraikan) adalah mempunyai matlamat khusus untuk merealisasikan objektif berkenaan. Banyak soal besar timbul  di sini, antaranya:

  •  Adakah masyarakat kita, khususnya masyarakat Melayu telah bersedia dari segi sosial, mental, dan psikologi menerima hakikat Malaysia akan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
  • Adakah mereka betul-betul faham segala indikator (fizikal dan sosial) serta ciri-ciri yang patut ada pada diri masing-masing sebagai manusia atau insan yang menganggotai sebuah masyarakat dan negara maju.
  • Bolehkah mereka tunjukkan imej insan yang maju dalam ertikata sebenarnya, dan
  • Adakah mereka faham bahawa kemajuan itu bukan sahaja kemajuan fizikal, tetapi juga kemajuan peribadi, rohani, jiwa, emosi dll selaras dengan tuntutan ajaran agama yang murni, dan nilai-nilai positif kemanusiaan sejagat.

Bagi saya, majoriti masyarakat Melayu masih kabur tentang konsep negara maju serta indikator yang berkaitan. Mereka disogokkan dengan pelbagai perkara asing dari luar batasan masyarakat dan budaya mereka. Pemahaman dan pemikiran mereka tentang kemajuan banyak dicorakkan oleh unsur-unsur luaran yang mereka sendiri tidak mengalaminya secara hakiki. Akibatnya, mereka terbawa-bawa dengan amalan asing yang tidak bertunjangkan budaya sendiri. Mungkin itu yang mereka fahamkan sebagai kemajuan yang hendak dicapai. Perkembangan-perkembangan seperti ini, pada pendapat saya, jika  tidak dibendung, akan menyebabkan mereka menjadi manusia yang  hanyut dan tidak berpedoman.

Bagi yang peka terhadap pembangunan serta implikasi pembangunan akan melihat keadaan fizikal dan sosial di negara maju sebagai imej Malaysia pada masa akan datang, khususnya imej Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Bagi saya tidak semua imej yang dipertontonkan itu baik dan berfaedah kepada Malaysia. Kita tidak dapat nafikan bahawa imej kemajuan ekonomi, politik, pentadbiran, pendidikan, teknologi, kesihatan, kebersihan, dll itu baik dan semestinya dicontohi dan direalisasikan. Sememangnya itulah yang menjadi matlamat wasasan 2020. Akan tetapi imej yang bersifat negatif dari pandangan agama dan budaya Malaysia (Melayu) tidak perlu dicontohi atau dihayati. Jika diambil dan direalisasikan semuanya, maka Malaysia akan menjadi replica barat.

Saya bersetuju dengan pendapat kepimpinan Malaysia yang ingin memajukan Malaysia mengikut acuan sendiri. Strategi memajukan Malaysia mengikut acuan sendiri mestilah berlandaskan agama dan budaya tempatan. Ia juga mesti berteraskan kekuatan yang ada pada diri masyarakat Malaysia itu sendiri. Kekuatan dalaman yang menjadi asas kejayaan dan keagongan bangsa Melayu pada zaman silam ini perlu dicungkil semula (revive) untuk diterjemahkan ke dalam dasar atau polisi pembangunan insan Malaysia (Melayu) masa kini. Hanya dengan membangun atas dasar kekuatan dan kemampuan sendiri serta dibantu dengan kekuatan luar yang bersifat positif, akan menjadikan pembangunan lebih bermakna dan lebih bermanfaat kepada penduduk Melayu dan penduduk Malaysia amnya.

CADANGAN  

Cadangan yang saya diperturunkan di bawah ini adalah atas premis bahawa dalam konteks pembangunan di Malaysia masa kini, masih terdapat kesenjangan pembangunan (development gap) yang luas antara aspek fizikal dan sosial hingga mewujudkan ‘cultural lag’ sepertimana yang dikemukakan di atas. Jadi, saya tumpukan perhatian kepada langkah-langkah serta strategi pembangunan untuk pembangunan sosial, mental, dan psikologi yang dimaksudkan. Andaian saya adalah setakat ini Malaysia telah banyak memberi tumpuan kepada pembangunan material/fizikal dalam bebagai-bagai bidang, dan telah mencapai tahap kejayaan tinggi yang menjadi kebanggaan kita semua sebagai rakyat Malaysia, dan juga yang menjadi ikutan negara membangun yang lain.

 Cadangan Langkah/Strategi Pembangunan Sosial Masyarakat Malaysia (Melayu):

  •  Memperkasakan Golongan Miskin (Empowering of the Poor). (Sila rujuk kertaskerja saya yang dikepilkan bersama-sama ini. Kertas kerja ini melihat langkah-langkah praktikal untuk menghapuskan budaya kemiskinan (culture of poverty) yang dialami oleh orang miskin (Melayu), terutama di sektor luar bandar. Dalam kertas kerja ini terkandung beberapa dimensi pembangunan sosial, pada pendapat saya, jika dilaksanakan dengan gigih akan membawa kejayaan yang lebih tinggi, khususnya kejayaan pembangunan sosial.
  • Merombak kurikulum pendidikan di sekolah serta menyelaraskan kurikulum pembelanjaraan di peringkat pra-sekolah. Saya berpendapat pembentukan pribadi yang mantap dari sosial dan psikologi, bersopan santun, menghormati dan patuh pada undang-undang negara dan peraturan kemasyarakatn bermula di peringkat kanak-kanak dari peringkat pra-sekolah hingga ke peringkat universiti. Ia merupakan satu proses pembentukan insan yang gradual. Namun demikian, pendidikan dinperingkat pra-sekolah dan sekolah (rendah & menengah) perlu diberi lebih tumpuan. Saya berpendapat, pendidik sivik, moral, dan akhlak diwajibkan kepada semua pelajar tidak kira kaum. Bagi pelajar Melayu, pendidik agama juga mesti diteruskan seperti biasa tapi dengan menggubal kurikulum pendidikan agama yang selaras dengan tahap umur murid. Saya berpendapat hanya dengan penyelarasan kurikulum pendidikan di peringkat sekolah yang menjurus kepada pembentukan sikap dan peribadi unggul adalah lebih utama, kerana ia lebih seragam bentuknya. Walaupun kanak-kanak mendapat didikan di peringkat keluarga, tetapi pendidikan di peringkat keluarga adalah sesuatu yang informal dan begitu rancam bentuknya atas hakikat kanak-kanak sekolah datang dari latarbelakang keluarga yang begitu rancam dan tidak seragam.
  • Mencunkil semula (revive) institusi tradisi serta amalan tradisi yang menjadi teras kejayaan dan keagongan bangsa Melayu pada zaman silam. Ini merangkumi semua bidang kemasyarakatan, termasuk bidang politik dan kepimpinan, ekonomi, budaya, seni, pendidikan, perubatan, dll. Namun demikian, dalam proses pencungkilan semula itu perlu mengambil kiranya kesesuaian insitusi atau amalan tersebut pada masa kini. Kita tidak nafikan yang setiap institusi tradisi itu masih terkandung ciri-ciri positif di dalamnya. Sifat taat setia yang tidak berbelah misalnya bagitu tersirat dalam institusi kesultanan Melayu. Pada masa kini, generasi muda tidak lagi atau kurang diterapkan dengan nilai-nilai taat setia (berlandaskan institusi kesultanan tersebut). Saya amat bersetuju bahawa disiplin diri dan kegigihan semangat juga tersirat dengan mendalam dalam institusi persilatan Melayu (yang kita bincangkan di Restoran Cowboy dulu). Semangat kerjasama, tolong-menolong dan muafakat yang menjadi amalan orang Melayu zaman berzaman perlu diberi nafas dalam konteks pemodenan dan perubahan. Kegiatan seni yang memperlihatkan sopan santun, adab, akhlak, moral dan budi bahasa yang tinggi perlu juga diberi pendedahan yang lebih luas dan ditiupkan dengan nafas baru yang lebih sesuai dengan zaman perubahan. Jika tidak berbuat demikian, masyarakat kita akan hanyut dibawa oleh arus perkembangan seni yang tidak bertunjangkan agama dan budaya tempatan.
  • Melancarkan kempen agresif serta menghebahkan melalui media, iklan, papan tanda slogan-slogan pembangunan sosial (termasuk sopan santun dalam komunikasi, adab, akhlak, moral, kebersihan, amalan kehidupan sihat, kesan-kesan negatif salahlaku seksual, penyalahgunaan dadah, keselamatan jalanraya, penyakit berbahaya dll). Saya berpendapat jika kempen dan slogan-slogan ini terus menerus diterapkan dan disogokkan melalui media, iklan, papan tanda dsb. lambat laun akan tersemat dalam fikiran semua lapisan masyarakat, terutama generasi muda tentang pentingnya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam hidup. Ini adalah selaras dengan ciri-ciri hidup masyarakat dalam sesebuah negara maju.
  • Merealisasikan serta menghayati nilai-nilai/ ajaran agama yang murni. Saya berpendapat, pendekatan menerapkan nilai-nilai murni agama selaras dengan kehendak semasa perlu dikaji semula supaya ia menjadi lebih menarik atau lebih appealing kepada generasi muda. Ceramah-ceramah agama dan forum perdana yang bersifat dogmatic mungkin tidak lagi sesuai digunakan untuk menerap ajaran Islam yang murni. Pendekatannya perlu diubah supaya ia lebih bersifat nasihat dan memujuk. Seruan, nasihat dan strategi memujuk itu dihebahkan secara berhemat dan bermutu tinggi melalui khutbah Jumaat.
  • Oleh kerana media elektronik terutama televisyen mendapat tempat yang utama dalam kehidupan saharian, saya mencadangkan pihak Kerajaan sentiasa memantau program yang disiarkan. Program drama tempatan yang disiarkan mesti bermutu tinggi, mesti mengandungi falsafah pembangunan sosial yang bermutu, dan mesti bersifat intelektual. Jika tidak, program tersebut hanya merugikan air time sahaja. Saya faham, program itu bermotifkan komersial, tetapi di sebalik keuntungan, perlu sekali diambil kira pembangunan insan, lebih-lebih lagi pembangunan insan ke arah pencapaian objektif wasasan 2020.
  • Dalam proses membangun mengikut acuan sendiri, kita perlu juga mengetahui dengan mendalam kekuatan dan juga kelemahan yang ada pada diri kita. Kekuatan itu yang mesti di revive semula, sedangkan kelemahan yang ada perlu sekali ditinggalkan atau dijadikan sempadan. Untuk mengetahui kekuatan, kemampuan, kejayaan, kelemahan, kegagalan, dll. pada diri kita, pihak Kerajaan mesti membuat peruntukan yang memadai untuk R & D. Semua hasil kajian perlu dimasukkan ke dalam satu data bank yang boleh diakses dari semasa ke semasa. Saya yakin, pada masa ini ada banyak maklumat tentang penduduk Malaysia (Melayu) dalam pelbagai aspek tersimpan di berbagai-bagai tempat, agensi, kementerian, institusi penyelidikan, perputakaan, muzium, institusi pengajian tinggi dll. Namun demikian, maklumat ini wujud secara terpisah dan dalam bentuk ‘piece-meal’. Saya mencadangkan pihak Kerajaan melalui agensi tertentu (misalnya EPU, Jabatan Perangkaan dsb) dapat menyelaraskan segala data yang sedia terkumpul dan berselerak ini untuk dimasukkan ke dalam data bank umum di peringkat negara.
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s